Kira-kira 350 penduduk Kampung Baru Pasir Putih, Tawau membantah lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) pada Selasa.
Dalam perhimpunan aman yang bermula jam 7.30 malam itu, penduduk berkumpul di sekatan jalan raya di kampung berkenaan kerana tidak berpuas hati dengan pengumuman lanjutan PKPD yang didakwa sangat memberi kesan kepada mereka.